4 KELEBIHAN INDIVIDU ADHD

4 KELEBIHAN INDIVIDU ADHD

Tahukah anda, ramai individu terkenal dunia yang didiagnos dengan “Attention Deficit Hyperactivity Disorder” (ADHD)?

Namun begitu, mereka tidak menjadikan ADHD itu sebagai penghalang untuk berjaya. Sebaliknya, mereka sangat cemerlang dalam bidang yang diceburi. Michael Jordan adalah salah seorang daripada mereka.

Michael Jordan merupakan salah seorang pemain bola keranjang yang terhebat di dalam sejarah. Ramai individu ADHD yang terinspirasi dengan kejayaan beliau dan menjadikannya sebagai idola untuk turut berjaya dalam bidang masing-masing.

ADHD adalah gangguan neurologi yang boleh menjejaskan tingkah laku seseorang individu. Mereka yang didiagnos dengan ADHD menghadapi kesukaran untuk fokus, tidak memberi perhatian dan mempunyai masalah untuk mengawal tingkah laku.

Gejala-gejala ADHD boleh menjadikan hidup seseorang menjadi agak mencabar terutamanya apabila mencapai tahap yang mengganggu kehidupan seharian. Disebabkan gejala-gejala ini, individu ADHD yang dipandang rendah oleh masyarakat sekeliling.

Kita terlalu fokus dengan cabaran yang dihadapi oleh mereka disebabkan oleh gejala-gejala ini sehingga kita terlepas pandang bahawa ia sebenarnya boleh mendatangkan banyak kebaikan kepada mereka.

1. Tahap tenaga yang tinggi (hiperaktif)

Individu ADHD dengan gejala hiperaktif mempunyai tahap tenaga yang tinggi. Antara contoh kesan kepada gejala hiperaktif ini adalah mereka kadangkala akan berasa gelisah dan bercakap secara berlebihan. 

Namun, gejala hiperaktif ini akan membawa kebaikan sekiranya disalurkan ke arah yang positif. Sebagai contoh, hiperaktif ini dikaitkan dengan sukan dan aktiviti fizikal. Jadi, individu-individu ADHD mempunyai kelebihan dalam bidang sukan dan aktiviti fizikal.

2. Daya tumpuan yang tinggi (hiperfokus)

Individu ADHD selalunya mempunyai masalah daya tumpuan terutamanya apabila melakukan tugasan atau aktiviti yang tidak digemari. 

Namun, perkara sebaliknya akan berlaku sekiranya mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang diminati. Mereka boleh melakukan tugasan tersebut dalam tempoh yang lama dan sehingga selesai.

Gabungan gejala hiperaktif dan hiperfokus pada sesuatu tugasan membolehkan individu ADHD ini mengembangkan kemahiran mereka. 

Keadaan ini boleh meningkatkan prestasi mereka, sekali gus membolehkan mereka bekerja dengan efisien. Maka, mereka boleh menyiapkan sesuatu tugasan tanpa sebarang gangguan dan kerja yang dihasilkan adalah sangat berkualiti.

3. Berani

Kebanyakan individu ADHD mempunyai sifat impulsif. Sekiranya dilihat dari sudut yang negatif, sifat impulsif ini menyebabkan mereka berani untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi.

Namun, apabila sifat impulsif berjaya dikawal,  ia  menjadikan mereka seorang yang berani ke depan dan mendapat lebih banyak peluang berbanding dengan individu normal. 

Mereka juga tidak takut untuk meneroka perkara-perkara baharu yang membuka peluang emas untuk diri sendiri. Mereka hanya perlukan panduan yang betul supaya keberanian itu dapat digunakan di tempat dan dengan cara yang betul.

4. Kreatif

Individu ADHD cenderung untuk mempunyai cara pemikiran yang berbeza daripada orang lain. Mereka lebih berminat untuk mencari cara penyelesaian baharu dan dari sinilah idea-idea kreatif dapat dijana. 

Individu ADHD dewasa yang didiagnos dengan ADHD sejak kanak-kanak secara semula jadinya membesar sebagai seseorang dengan perasaan ingin tahu yang tinggi. 

Rasa ingin tahu yang tinggi ini adalah salah satu aspek positif dalam ADHD. Rasa ingin tahu adalah komponen penting yang mendorong mereka untuk mempelajari perkara-perkara baru serta membantu mereka meneroka idea-idea baru. 

Kesimpulan

Gejala-gejala ADHD seperti hiperaktif, impulsif dan masalah memberikan perhatian tidak seharusnya diambil ringan oleh individu ADHD dan juga orang di sekeliling mereka. 

Walaupun terdapat beberapa kebaikan dengan cara pemikiran individu ADHD ini, tetapi kesan negatif ADHD adalah nyata. 

Adalah sangat penting untuk individu ADHD ini belajar cara untuk mengatasi gejala-gejala negatif tersebut sama ada melalui ubat-ubatan ataupun terapi tingkah laku agar mereka boleh menonjolkan potensi diri dan akan membantu dalam menjalani kehidupan dengan lebih mudah.

Rujukan

Surprising benefits of having ADHD? (2022). Verywell Healthhttps://www.verywellhealth.com/benefits-of-adhd-strengths-and-superpowers-5210520

Sherrell, Z. (2021). 6 strengths and benefits of ADHD. Medical News Today. https://www.medicalnewstoday.com/articles/adhd-benefits#adhd-superpowers

What are the benefits of having ADHD? (2021). Verywell Mind. https://www.verywellmind.com/adhd-benefits-advantages-challenges-and-tips-5199254

Indah, A. N. (2021). Kelebihan Penderita ADHD, sering Dianggap Punya Kekuatan super. SehatQ. https://www.sehatq.com/artikel/sering-dipandang-negatif-ini-kelebihan-penderita-adhd

Disemak oleh: Dr Zulhilmi Hasif

Tingkatkan Kesedaran ADHD Anda

Sertai Konvensyen Virtual ADHD Malaysia yang bakal berlansung pada 10-21 Disember ini.

APA ITU ADHD?

Nama saintifik ADHD adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Dalam Bahasa Melayu, ADHD ialah; Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif.Maksud ADHD tidak

Teruskan Bacaan »

KENALI ADHD

“Anak puan mempunyai masalah untuk fokus di  dalam kelas, suka bermain, kacau kawan dan kadang-kadang mengelamun jauh.” Apabila guru memberitahu

Teruskan Bacaan »