ADHD ATAU ADD?

Apakah ADHD & ADD? Adakah mereka serupa atau berbeza?

Anda atau anak anda seringkali mengelamun tidak kira bila sahaja dan mudah hilang

tumpuan semasa membuat pekerjaan. Mungkin anda atau anak anda selalu bergerak, itu

membuat anda terfikir samada anda atau anak mempunyai attention-deficit/hyperactivity

disorder (ADHD). Atau, apakah itu attention deficit disorder (ADD)?

Apa perbezaan ADHD & ADD?

Ramai yang menggunakan terma yang serupa untuk menyatakan sesuatu itu adalah

sama—dan itu memang betul. Namun, tidak semestinya tepat.

ADD adalah istilah yang biasanya digunakan untuk menerangkan keadaan neurologi

yang tidak menunjukkan simptom seperti aktif bergerak dan kegelisahan (hiperaktiviti).

Tetapi, perbezaan simptom-simptom itu masih tidak jelas. ADD juga adalah istilah

lama yang kini hanya dikenali sebagai ADHD dan tidak lagi digunapakai dalam

diagnosis perubatan. ADD merupakan istilah bagi satu jenis ADHD (ADHD

sebahagian besarnya Inattentive).

Ketidakjelasan ini bermula pada tahun 1994. Oleh sebab itu, para doktor telah

bersepakat untuk menggelar diagnosis ini sebagai ‘attention-deficit/hyperactivity

disorder’ walaupun penghidapnya tidak menunjukkan simptom hiperaktiviti. 

Kini, diagnosis ini digelar ADHD;

1. ADHD inattentive (kesukaran untuk fokus),

2. ADHD hyperactive/impulsive (hiperaktif/mempunyai tenaga berlebihan & impulsif/kecenderungan untuk bertindak tanpa berfikir dahulu), dan

3. ADHD gabungan (inattentive, hyperactive & impulsive).

Diagnosis mana satu yang menepati ciri-ciri diri anda/anak anda bergantung pada

simptom yang spesifik yang si penghidap ada. Hal ini amat penting untuk berbincang

dengan pakar yang berpengalaman dengan mendiagnos ADHD.

Pengelamun atau Pembuat Kacau?

ADHD merupakan kecelaruan pada otak yang memberi kesan pada kehidupan

seharian anda/anak anda di rumah mahupun di sekolah/tempat kerja. Si penghidap

kebiasaannya akan menghadapi kepayahan untuk menumpukan perhatian dan

mengawal tingkah laku serta kadangkala adalah hiperaktif.

Sebelum mendapatkan diagnosis, si penghidap digalakkan untuk mengenalpasti

simptom-simptom mereka terdahulu. Centres for Disease Control and Prevention

(CDC) ada menawarkan satu senarai semak ADHD untuk kanak-kanak dan juga

dewasa bagi memudahkan proses mengenalpasti simptom mereka.

Antara tanda-tanda yang perlu diperhati adalah:

Inattention (kepayahan untuk fokus) – tidak teratur, masalah untuk kekal

dengan suatu pekerjaan, sentiasa mengelamun, sukar untuk memberi

tumpuan,

Impulsivity(impulsif/kecenderungan untuk bertindak tanpa berfikir dahulu)

bertindak secara melulu tanpa memikirkan kesan sampingan/jangka masa

panjang, bertindak segera bagi mendapatkan hasil yang cepat,

mengganggu orang yang berdekatan, seperti mencelah ketika orang lain

bercakap, dan

Hyperactivity(hiperaktif/mempunyai tenaga berlebihan) – bertutur secara

pantas, sentiasa bergerak tanpa henti, terutamanya pada waktu yang

dikehendaki untuk duduk diam.

Pakar kesihatan mental di USA dan juga Malaysia menggunakan sebuah buku

panduan bagi membuat diagnosis gangguan mental iaitu Diagnostic and Statistical

Manual of Mental Disorders (DSM) termasuklah ADHD. Versi terkini buku panduan ini

menyatakan tiga kategori ADHD:

1. ADHD sebahagian besarnya inattentive (juga

pernah dikenali sebagai ADD),

2. ADHD sebahagian besarnya hyperaktif/impulsif,

dan

3. ADHD gabungan #1 & #2.

1. ADHD sebahagian besarnya Inattentive (ADD)

Kanak-kanak/dewasa yang mempunyai ADD bukan hiperaktif. Mereka

tidak mempunyai tenaga berlebihan sebagaimana penghidap ADHD.

Malah, mereka lebih dikenali seperti orang yang pemalu ataupun ‘dalam

dunia mereka sendiri’.

ADD didiagnos pada seorang kanak-kanak berumur bawah 16 yang

menunjukkan enam atau lebih simptom inattentive, lima atau lebih pula

bagi remaja dalam jangka masa enam bulan berturut-turut tetapi tiada

tanda hiperactiviti/impulsiviti.

Simptom-simptom itu termasuk:

● Kesukaran untuk menumpukan perhatian,

● Mengelak untuk membuat pekerjaan yang melibatkan berfikir dalam

jangka waktu lama,

● Kepayahan untuk duduk membuat kerja/terlalu hiper untuk duduk di

satu tempat,

● Tempat peribadi yang bersepah/tidak teratur,

● Mempunyai ingatan jangka pendek/mudah terlupa,

● Jenis tidak mendengar walaupun bercakap secara berdepan,

● Tidak menumpukan perhatian dengan teliti,

● Sering kehilangan barang,

● Seringkali membuat kesalahan,

● Selalu terlepas janji temu,

● Susah untuk mengikut arahan yang jelas.

Kanak-kanak/dewasa yang menghidapi ADHD jenis ini barangkali terlepas

pandang dan tidak didiagnos kerana simptom-simptom yang mereka ada

dianggap sebagai cuma mengelamun.

2. ADHD sebahagian besarnya Hiperaktif/Impulsif

Seorang dewasa/kanak-kanak yang menghadapi ADHD jenis ini

memaparkan diri mempunyai tenaga yang berlebihan. Mereka juga

sentiasa bergerak sehingga menimbulkan isu disebabkan hiperaktiviti. Jika

kanak-kanak berusia 16 ke bawah itu menunjukkan enam atau lebih

simptom-simptom hiperaktif/impulsif dalam jangka masa enam bulan

manakala 5 bulan atau lebih bagi 17 tahun ke atas. ADHD jenis ini adalah

lebih mudah dikesan berbanding ADHD jenis inattentive.

Simptom-simptom itu termasuk:

● Bertutur tanpa berfikir,

● Mempunyai masalah menunggu giliran,

● Sentiasa mengganggu orang lain,

● Selalu bercakap tanpa henti,

● Seringkali gelisah,

● Sukar untuk duduk di satu tempat dalam jangka masa yang lama,

● Sentiasa bertindak sebelum berfikir,

● Kesukaran untuk bermain/membuat kerja dalam diam,

● Sentiasa aktif/hiperaktif.

3. ADHD Gabungan Inattentive & Hiperaktif/Impulsif

Seorang dewasa/kanak-kanak yang menghadapi ADHD jenis gabungan

memaparkan semua simptom yang dinyatakan dalam #1 dan #2.

ADD sememangnya wujud dan jika anda merasakan diri anda/anak anda

mempunyai simptom-simptom ADHD sebahagian besarnya Inattentive (ADD),

diagnosis itu adalah sahih. Barangkali akan ada orang ataupun pakar kesihatan

mental yang menafikan kesahihan ADD yang anda/anak anda hadapi, anda

tidaklah keseorangan kerana ramai penghidap ADD masih lagi keliru dan tidak

tahu bahawa simptom-simptom mereka itu tertakluk dalam sebahagian diagnosis

ADHD.

Rujukan: https://www.webmd.com/add-adhd/childhood-adhd/add-vs-adhd

Penulis: Syaima

Review oleh: Dr Syaheedatul Iman binti Dinsuhaimi

Ada kisah & pengalaman ADHD yang hendak dikongsi? Hantarkan artikel anda di sini.

Tingkatkan Kesedaran ADHD Anda

Sertai Konvensyen Virtual ADHD Malaysia yang bakal berlansung pada 10-21 Disember ini.

APA ITU ADHD?

Nama saintifik ADHD adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Dalam Bahasa Melayu, ADHD ialah; Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif.Maksud ADHD tidak

Teruskan Bacaan »

KENALI ADHD

“Anak puan mempunyai masalah untuk fokus di  dalam kelas, suka bermain, kacau kawan dan kadang-kadang mengelamun jauh.” Apabila guru memberitahu

Teruskan Bacaan »