Social anxiety ialah perasaan takut atau malu berlebihan (fobia) untuk kelihatan tidak cekap, cuai, lemah, atau tidak setara dengan standard di mata orang lain.
Ini hanyalah andaian pesakit semata-mata bahawa semua orang boleh nampak dengan jelas kelemahan dia dan akan menyalahkan dia, walau belum tentu orang lain akan berikan reaksi begitu.
Disebabkan andaian ini, mereka yang mengalami social anxiety takut untuk berjumpa dan berinteraksi dengan orang ramai. Mereka memencilkan diri dan sering rasa kesunyian.
Terdapat persamaan di antara generalised anxiety disorder (GAD) dan social anxiety disorder (SAD).
Kedua-duanya melibatkan pemikiran yang bias kepada memikirkan worst-case scenario. Simptom fizikal juga boleh muncul seperti sakit kepala dan perut memulas.
Berbeza dengan GAD di mana pesakit sering berasa risau tanpa mengira waktu dan tempat, social anxiety pula kerisauan khusus melibatkan prestasi dan interaksi sosial.
Pesakit GAD juga boleh risaukan tentang masalah sosial namun lebih pada implikasi daripada pilihan yang dibuat.
Contohnya, bila kawan rapat tidak balas mesej kita berhari-hari dan kita runsing memikirkan, “Dia benci aku ke? Aku ada buat salah apa?” hingga menjejaskan hubungan.
Pesakit social anxiety pula takut disalah anggap (fear of negative evaluation) dan takut tidak diterima (fear of rejection)
lalu sering memilih untuk mengelak daripada situasi yang membuatkan mereka tidak selesa, walaupun dengan mengelak membuatkan keadaan bertambah buruk.
Contoh situasi melibatkan performance anxiety:
– Menyampaikan laporan di dalam mesyuarat
– Membuat tugasan sambil diperhatikan
– Memberi ucapan atau membuat persembahan di hadapan audiens
Contoh situasi melibatkan social interaction anxiety:
– Berbual di telefon dengan seseorang yang tidak/kurang dikenali
– Menghadiri majlis keramaian (parti hari jadi, rumah terbuka, etc)
– Makan atau minum di tempat terbuka sama ada berteman atau tidak
Mengikut kajian di Amerika Syarikat, lebih kurang 6.8% daripada populasi dewasa memenuhi kriteria Social Anxiety Disorder [National Comorbidity Survey Replication, 2001-2003] namun tiada data dapat dijumpai tentang kadar kelaziman social anxiety di Malaysia.
Dalam satu kajian yang lain, mereka yang ada ADHD jenis inattentive (ADHD-I) lebih berisiko dan lebih awal menunjukkan simptom Social Anxiety Disorder berbanding mereka yang ada ADHD jenis combined (ADHD-C) [Koyuncu et al., 2015].
Jika anda mengesyaki anda ada social anxiety, disarankan:
1) Berjumpa dengan psikiatris atau ahli psikologi klinikal bagi mendapatkan konsultasi
2) Antara ujian penilaian yang digunakan membantu proses diagnosis ialah:
– Liebowitz Social Anxiety Scale (LSAS)
– Social Phobia and Anxiety Scale (SPAI)
– Brief Social Phobia Scale (BSPS)
– Social Phobia Inventory (SPIN)
– Social Interaction Anxiety (SIAS) & Social Phobia Scale (SPS)
3) Dapatkan intervensi dalam bentuk psikoterapi dan/atau ubat selective serotonin reuptake inhibitor (SSRI) seperti fluvoxamine (Luvox), sertraline (Zoloft) atau paroxetine (Paxil)
Rujukan:
- Smart but Stuck: Emotions in Teens and Adults with ADHD by Thomas E. Brown
- https://www.nimh.nih.gov/health/statistics/social-anxiety-disorder
- Koyuncu A, Çelebi F, Ertekin E, Kök BE, Tükel R. Clinical Effects of ADHD Subtypes in Patients With Social Anxiety Disorder. Journal of Attention Disorders. 2015. 23(12):1464-1469. doi:10.1177/1087054715617533
Photo by Timon Studler on Unsplash