Mindblown: a blog about philosophy.

  • ADHD & Matematik

    ADHD & Matematik

    Adakah benar individu yang ada ADHD kurang mahir dalam matematik berbanding individu neurotipikal? Secara umumnya, ya. Mengikut kajian sistematik Tosto dan rakan2 (2015) yang meliputi 30 kajian cross-sectional dan 4 kajian longitudinal sebelumnya, mereka yang ada simptom2 ADHD menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan dalam ujian2 matematik berbanding mereka yang tiada simptom ADHD.  Jurang perbezaan agak…

  • STIGMA TERHADAP INDIVIDU ADHD DAN CARA MENGATASI

    STIGMA TERHADAP INDIVIDU ADHD DAN CARA MENGATASI

    “Kamu ada ADHD, bagaimana nak teruskan bekerja dengan baik?” “Awak macam tak ada masalah pun nak belajar, maknanya awak okey, kan?” “Saya lihat kamu sihat sahaja, kenapa pula nak mengada-adakan cerita pasal ADHD? Mahu dapat layanan istimewa?” Apabila mendapat respon begini, individu ADHD dewasa akan tertanya-tanya pada diri; “Betul ke aku ni ada ADHD?”  Ataupun…

  • 5 PERUBAHAN GAYA HIDUP YANG MEMBANTU ADHD DEWASA

    5 PERUBAHAN GAYA HIDUP YANG MEMBANTU ADHD DEWASA

    Kita lihat situasi ini. Individu ADHD sudah mendapatkan diagnosis, dan menjalani pelan rawatan yang bersesuaian dengan dirinya. Apa pula selepas itu? Adakah reda dan menjalani semuanya begitu sahaja tanpa ada titik berhenti? Apa yang boleh dilakukan oleh individu ini untuk menambah baik kehidupannya? Pengambilan ubat dan terapi sudah terbukti amat membantu kehidupan individu ADHD. Jika…

  • PUNCA DAN RAWATAN ADHD

    PUNCA DAN RAWATAN ADHD

    Setiap hari, individu ADHD bergelut dengan gangguan-gangguan daripada gejala yang mereka hadapi. Kajian mendapati 4-7% populasi dunia mempunyai ADHD, namun fokus kajian hanyalah terhadap kanak-kanak.  ADHD mempunyai hubung kait dengan ketidakseimbangan sistem saraf di bahagian otak. Penyelidikan setakat ini telah menunjukkan ADHD mungkin disebabkan oleh beberapa faktor utama iaitu genetik dan persekitaran. Faktor Genetik Faktor…

  • ADHD & SOCIAL ANXIETY

    ADHD & SOCIAL ANXIETY

    Social anxiety ialah perasaan takut atau malu berlebihan (fobia) untuk kelihatan tidak cekap, cuai, lemah, atau tidak setara dengan standard di mata orang lain. Ini hanyalah andaian pesakit semata-mata bahawa semua orang boleh nampak dengan jelas kelemahan dia dan akan menyalahkan dia, walau belum tentu orang lain akan berikan reaksi begitu. Disebabkan andaian ini, mereka…

  • 4 KELEBIHAN INDIVIDU ADHD

    4 KELEBIHAN INDIVIDU ADHD

    4 KELEBIHAN INDIVIDU ADHD Tahukah anda, ramai individu terkenal dunia yang didiagnos dengan “Attention Deficit Hyperactivity Disorder” (ADHD)? Namun begitu, mereka tidak menjadikan ADHD itu sebagai penghalang untuk berjaya. Sebaliknya, mereka sangat cemerlang dalam bidang yang diceburi. Michael Jordan adalah salah seorang daripada mereka. Michael Jordan merupakan salah seorang pemain bola keranjang yang terhebat di…

  • TIGA SALAH FAHAM TERHADAP ADHD DEWASA

    TIGA SALAH FAHAM TERHADAP ADHD DEWASA

    Ramai yang menganggap ADHD hanya terjadi pada kanak-kanak dan akan ‘sembuh’ menjelang umur dewasa. Kefahaman yang cetek mengenai ADHD ini menyebabkan berlakunya banyak salah faham dan stigma terhadap individu ADHD dewasa. Secara tidak langsung menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan dan sokongan yang diperlukan. Salah Faham 1 – Sukar Tumpukan Perhatian Mengambil salah satu daripada simptom…

  • Koordinasi DMN & TPN Dalam Otak ADHD

    Koordinasi DMN & TPN Dalam Otak ADHD

    Dalam artikel yang lepas ada disebut tentang salah satu punca kecelaruan fungsi otak dalam kalangan individu ADHD iaitu gangguan koordinasi dalam ritma otak. Semasa kita fokus pada suatu tugasan, otak kita berada dalam task-positive network (TPN). TPN digunakan untuk menyelesaikan masalah (problem solving), memberi perhatian khusus (focusing of attention), membuat keputusan (decision making), dan mengawal…

  • EMPAT PUNCA KECELARUAN OTAK ADHD

    EMPAT PUNCA KECELARUAN OTAK ADHD

    Masalah ketersambungan otak Di sel otak terdapat jalur panjang (axon) yang diselaputi fiber dinamakan selaput myelin. Selaput ini juga dipanggil “white matter” kerana berwarna cerah dan diperbuat daripada lemak. Sel-sel neuron berkomunikasi menggunakan dua jenis signal: elektrik dan kimia. Signal elektrik digunakan di dalam sel neuron itu sendiri manakala signal kimia di jurang antara dua…

  • CABARAN ADHD DEWASA

    CABARAN ADHD DEWASA

    Ramai yang menyangka diagnosis ADHD hanya boleh dikesan dan dialami semasa kanak-kanak. Maka individu dewasa tidak mendapatkan diagnosis yang sewajarnya sekalipun pada ketika mengalami simptom-simptom yang jelas mengganggu kehidupan seharian.  Situasi ini menyebabkan cabaran individu ADHD semakin sukar apabila meningkat dewasa. Ia menjadi lebih serius apabila memasuki alam pekerjaan. Di situ mula timbul pergelutan baru.…

Got any book recommendations?