Cogniversity ADHD Malaysia bersama PERKESO

Program “Return To Work” PERKESO adalah sebuah program pengurusan hilang upaya yang direka untuk membantu pencarum yang cedera atau menghidapi penyakit agar dapat pulih dan kembali bekerja dengan lebih awal, sihat, dan selamat.

Setiap pencarum yang mengikuti program ini akan menjalani proses pemulihan sistematik berteraskan konsep biopsikososial yang merangkumi faktor biofizikal, psikologikal, dan sosial.

Dalam pertemuan kami, pihak PERKESO menyatakan komitmen mereka untuk meningkatkan kesedaran tentang ADHD dewasa di tempat kerja. Mereka berhasrat untuk membangunkan garis panduan bagi membantu syarikat-syarikat di Malaysia menjadi lebih inklusif dan menyokong warga kerja dengan ADHD.

Cogniversity ADHD Malaysia berbesar hati menyokong inisiatif ini melalui penganjuran program bersama, perkongsian pandangan, ilmu, dan pengalaman hidup sebagai individu ADHD. Semoga jalinan kerjasama ini dapat memberikan manfaat kepada lebih ramai orang serta meningkatkan kesedaran tentang isu kesihatan mental di Malaysia.

Bersama PERKESO, kami berkongsi visi untuk meningkatkan kesedaran, memperkasakan individu dengan ADHD, dan membuka peluang bagi mereka menjadi aset berharga kepada majikan dan negara Malaysia.

(Jumaat, 19 Julai 2024 – Menara PERKESO Putrajaya)

Tingkatkan Kesedaran ADHD Anda

Sertai Konvensyen Virtual ADHD Malaysia yang bakal berlansung pada 10-21 Disember ini.

Comments are closed.

APA ITU ADHD?

Nama saintifik ADHD adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Dalam Bahasa Melayu, ADHD ialah; Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif.Maksud ADHD tidak

Teruskan Bacaan »

KENALI ADHD

“Anak puan mempunyai masalah untuk fokus di  dalam kelas, suka bermain, kacau kawan dan kadang-kadang mengelamun jauh.” Apabila guru memberitahu

Teruskan Bacaan »