Crowdfunding Buku ADHD

Bantu kami mencapai misi untuk menaikkan kesedaran ADHD di kalangan rakyat Malaysia

Perancangan kami mahu terbitkan satu buku berkaitan ADHD pada 2023 ini!

CROWDFUND PENERBITAN BUKU ADHD

Kami membuka crowdfund bagi misi untuk terbitkan satu buku berkaitan ADHD pada tahun 2023 ini.

Kami di ADHDMalaysia.com berusaha untuk menaikkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap ADHD melalui pembangunan konten-konten di media sosial dan juga website.

Dengan konten inilah kami berharap ia dapat memberi manfaat, dapat meleraikan kekusutan, dan dapat memberi semangat kepada individu yang berhadapan dengan ADHD.

Sama ada kita adalah individu yang mempunyai ADHD atau kita adalah keluarga, kenalan rapat, malah juga rakan sekerja.

ADHDMalaysia.com ini dibangunkan atas kesakitan yang sama.

Semasa awal kami didiagnos dengan ADHD, kami hilang punca dan arah. Tiada sebarang artikel dalam konteks lokal yang dapat kami baca.

Buku Mengenai ADHD

Tahun 2023 ini kami mahu melangkah setapak lagi dengan menerbitkan buku berkaitan ADHD.

THE GREAT EXPERIENCE AWAITS