Nama saya Suraya. Saya seorang pensyarah yang mengajar di sebuah universiti di utara tanah air.
Saya baru sahaja didiagnosis oleh doktor pakar pskitiari sebagai seorang yang menghidap ADHD.
Saya sedang menyambung pengajian ke peringkat PhD.
Di sinilah bermula dimana saya sudah tidak mampu lagi untuk “masking” di dalam hidup saya disamping faktor-faktor seperti pandemik, PKP dan PDPR.
Saya juga mempunyai 3 orang anak yang berusia 9, 6 dan 4 tahun.
Selama hidup ini, di tempat kerja, saya dikenali dengan orang yang happy, baik hati dan bukan pemarah. Tapi hakikatnya, hanya saya dan ahli keluarga yang tahu.
ADHD Tax
Sudah bertahun tahun saya menyedari seperti ada yang tidak kena dengan diri saya. Saya selalu merasa resah gelisah tanpa sebab.
Kalau sedang menunggu nombor giliran di bank, menunggu lampu isyarat bertukar hijau, hendak keluar simpang, hendak lintas jalan, betapa berdebarnya saya, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Dan setiap kali untuk memulakan kelaspun, saya akan begitu nervous sekali, setiap kali pun macam tu. Jadi saya terima hakikat, mungkin saya seorang yang berdarah gemuruh.
Saya ambil lesen memandu sebanyak 5 kali sebenarnya. Setiap kali latihan, saya perlu menulis nota dalam buku, step-step yang berkaitan, kemudian saya akan hafal step ini.
Contohnya step-step untuk reverse parking, saya lihat cikgu buat, kemudian saya salin nota dan hafal. Semasa latihan dengan cikgu sekolah memandu, pemanduan saya baik-baik sahaja, tapi bila ada pegawai JPJ di sebelah, tak tahulah kenapa, saya gementar sungguh.
Oh ya, saya memang failed koordinasi kaki dan tangan bila diperlukan guna sekali kesemuanya serentak. Jangan ajak saya Zumba, boleh dijadikan bahan ketawa saya ini.
Dan sampai sekarang, saya gagal membaca manual dan peta. Keinginan untuk membaiki sesuatu seperti sinki yang tersumbat, mesin basuh yang rosak, adalah sangat tinggi. Tapi ia selalunya akan berakhir dengan memberi kerja yang lebih kepada suami saya.
Kasihan sungguh pada beliau.
Saya juga sampai sekarang ada kesukaran untuk membuka ikatan plastik, mengikat dan membuka tali kasut, memakaikan anak kasut, masih confuse left and right.
Dah umur 37 tahun pun, tapi tak tahulah kenapa saya tak mampu proses semua itu. Benda-benda yang berkaitan dengan ikatan ini, saya tak mampu nak hadam.
Saya sama sekali tidak dapat fokus di dalam perbualan dan mesyuarat. Zoning out dengan melukis di buku, atau saya buat to do list saya untuk hari itu.
Tak faham belajar
Dulu masa di universiti, saya masuk kelas hanya semata mata untuk keberkatan ilmu dari pensyarah sahaja. Saya tak faham pun, sebab saya rasa cara saya study adalah saya kena salin balik semua nota, dan hafal.
Kalau saya just dengar, just baca, just lihat, ia tidak akan melekat di dalam otak saya. Semuanya perlu disalin dan dihafal.
Saya acap kali mencelah perbualan dengan sesiapa yang saya merasakan sungguh lambat pertuturannya. Saya tak sabar la kiranya.
Rimas sungguh rasanya nak tunggu mereka ni menyudahkan ayat mereka. Saya juga suka jump sana sini bila berbual dengan orang lain.
Tapi yang saya sedar, orang suka meluahkan perasaan pada saya, minta nasihat, cerita macam-macam masalah berkaitan kehidupan mereka. Manakala saya, hanya menunjukkan sisi-sisi lemah saya hanya pada orang tertentu sahaja.
Saya suka matematik, sebab jawapan dia hanya 1. Saya juga suka soalan melibatkan pembuktian, terbitkan formula.
Rasa wow, thrilling dan tidak bosan dan akhirnya dapat membuktikan formula itu datang dari mana, ia satu kepuasan sangat pada saya.
Saya kerap kali menyelesaikan soalan berkaitan Matematik dan Fizik di dalam waktu tidur saya.
Contohnya, jika saya tidak dapat menyelesaikan soalan itu, saya tak boleh move on pun, saya akan cuba buat jugak sampai boleh (ini menyebabkan saya tidak makan, tidak ke tandas dan melewat lewatkan solat).
Dan bila saya penat sebab tak boleh dapat jawapan, saya akan tidur. Selalunya, 99% semasa saya tidur, saya akan selesaikan soalan itu dalam mimpi (saya ingat saya mimpilah), dan apabila saya telah mendapat jawapan, automatik mata saya akan terbuka, dan saya akan menulis pada waktu itu juga jalan penyelesaian untuk soalan berkenaan.
Kalau siang tak dapat jawapan, takpe, nanti tidur malam mesti dapat jawapan semasa tidur. Pada mulanya, saya rasa happy dengan keadaan itu, tapi apabila ini berterusan selama bertahun tahun hidup saya ini, saya mula merasakan ia satu beban buat saya.
Exhausted. Owh ya, lagi 1, saya selalu dapat idea yang bernas bernas dan gila-gila semasa dalam toilet waktu mandi atau melepaskan hajat. Suami saya sampai sekarang tak faham, kenapa waktu saya di bilik air sungguh lama.
Cabaran tidak dapat mengawal semuanya dalam hidup ini bermula apabila saya buat PhD. Apabila saya yang perlu merancang sendiri apa yang saya perlu buat, saya hilang arah. Kejap saya nak buat ekspreimen macam ni, kejap nak buat eksperimen macam tu.
Saya gagal untuk mengikuti apa to do list saya setiap hari. Saya juga tidak mahu berkongsi masalah ini dengan supervisor saya, sebab saya takut saya akan dilabel sebagai seorang yang lemah.
Jadi, selama hampir 4 tahun, saya masih gagal membentangkan kertas penyelidikan, masih belum jelas dengan objektif kajian dan rasa sungguh overwhelmed bila memikirkan tentang semua ini.
Ada waktu saya jadi hyperfocus semasa menulis manuscript, banyak sangat idea dalam kepala, sehingga saya lupa untuk makan, dan pergi ke toilet.
Kalau waktu hyperfocus ini sedang on, jangan ada satu bunyi pun hatta bunyi jarum jam saat di jam dinding.
Ia adalah sangat irritating, siapa-siapa yang mengganggu, confirm2 akan kena marah.
Akhir-akhir ini, hampir setahun atau setahun lebih rasanya, saya asyik proscinating dengan perkara lain. Saya hilang mood nak buat PhD saya sendiri.
Saya membantu rakan PhD yang lain dengan permasalahan mereka, tetapi saya tidak bermotivasi untuk buat kerja saya sendiri.
Saya akhirnya terjebak dengan shoppee live pada bulan November 2021, dan selama 5 bulan, saya telah membelanjakan hampir RM6000 tanpa saya sedar. Saya sanggup tidak tidur, hanya untuk melihat shoppee live, saya melepaskan hajat di toilet pun saya tengok shoppee live.
Sambil makan, sambil drive, sambil masak, sambil mandi… Hidup saya hanya dengan shoppee live.
Suami mula merasakan perubahan yang ketara pada diri saya. Saya hampir tak keluar rumah langsung sepanjang tempoh berkenaan.
Dalam masa yang sama, saya asyik salahkan diri, saya rasa malas, saya rasa nak berhenti PhD, saya even nak berhenti kerja sebagai seorang pensyarah dan nak mencuba nasib menjadi seorang penjual di shopee live.
Setiap pagi saya akan on laptop untuk buat kerja, nanti malam saya off laptop. Kerjanya saya tak buat pun.
Pada 31/3/2022, saya dikejutkan dengan berita saya perlu melaporkan diri untuk masuk kerja pada keesokkannya harinya, iaitu 1/4/2022.
Permohonan pelanjutan saya tidak diluluskan. Disinilah turning point saya merasakan saya perlu mendapatkan bantuan, apabila saya ada rasa hendak terjun ke dalam tasik di hadapan rumah saya ini.
Episod saya sukar hendak memulakan apa apa tugas, dan menghabiskan apa jua tugas, bukanlah baru berlaku semasa saya buat PhD.
Dalam kehidupan harian pun sama, saya suka start buat 10 kerja dalam 1 masa, Dan akhirnya, half way saja semuanya. Kalau saya sedang masak, sambil masak, saya nak cuci fridge, sambil itu jugaklah saya nak sidai baju.
Selalunya, semua ini akan dicover oleh suami saya pada akhirnya.
Saya sukar hendak fokus apa yang sepatutnya saya buat pada sesuatu waktu, andainya saya perlu keluar rumah untuk ke makmal dan buat eksperimen, saya boleh pula nak kemas rumah sebelum pergi ke makmal, dan diteruskan dengan aktiviti melipat baju, sorting baju yang dah tak muat.
At the end, tiba tiba dah pukul 1 pm. Kemudian saya mula kecewa dengan diri sendiri.
Banyak kecuaian yang telah mengakibatkan kecederaan pada diri sendiri dan kenderaan yang saya naiki.
Saya terkena air panas sebab saya buka penutup cerek air sebelum menutup api.
Pada tahun 2018 pula, saya pernah self accident di mana saya nak reverse parking untuk parking, tetapi rupanya saya masih di D, dan melanggar makmal dihadapan tempat parking kereta di tempat kerja saya.
Saya sangat sangat struggle sebenarnya. Saya rasa penat, saya rasa rendah diri dan saya impulsively nak berhenti PhD sebelum ini.
Setelah mendapatkan rawatan, saya diberi stimulant, dan sejak saat itu, dalam waktu tempoh efektif stimulant berkenaan, saya mampu untuk bertenang, saya mampu untuk mengawal emosi, saya mampu untuk kekal fokus, saya mampu untuk berfikir, apa yang sepatutnya dan seharusnya saya buat pada ketika itu.
Saya juga mampu untuk keluar rumah, dan cuba meneruskan hidup saya secara normal.
Saya tak kisah dilabel apa apa pun buat masa ini disebabkan kebergantungan saya pada stimulant.
Kalaulah saya mampu ambil gambar dalam otak saya, apa yang berlaku di dalam otak sebelum mengambil stimulant, dan apa yang berlaku di dalam otak setelah mengambil stimulant, ingin sekali saya buat, dan tunjukkan pada dunia.
Sebelum mendapat rawatan, saya serabut sangat dengan semua tab yang open dalam kepala saya tanpa saya boleh kawal. Bukan itu sahaja, malahan saya tak tahu pula nak fokus mana 1 tab yang perlu saya fokus, end up saya tak buat apa apa, dan sedih menerima diri ini sebagai seorang yang pemalas.
Buat semua diluar sana, it is okay, not to be okay. Tak salah untuk mendapatkan bantuan, apabila kita menyedari, ada sesuatu yang tidak kena pada diri kita sendiri.
Semoga kita dapat jawapan, bukan untuk beralasan, tapi untuk menerima diri kita seadanya. Self love is very important. By the way, saya dah cuba perubatan Islam untuk setiap kali saya rasa mungkin ini semua ada kaitan dengan gangguan makhluk halus, tapi, ia tidak pernah menyelesaikan masalah saya.
Doktor pakar psikiatri yang saya jumpa mengandaikan yang saya ini kategori high IQ, sebab saya lepas kebanyakan fasa dalam hidup saya, sehinggalah saya bertemu dengan PhD, dan ia benar benar menguji saya, apabila saya tidak mampu untuk menutup lagi semua flaw dalam hidup saya.
Saya pula merasakan sebaliknya, saya survive sampai ke tahap ini, disebabkan oleh support system saya yang sungguh hebat. Hats off to my lovely husband.
Actually masa saya buat master dulu, at the very last night before submitting my thesis (kalau tak hantar keesokkannya, saya akan gagal master saya sebab dah capai tempoh maksimum), saya masih writing lagi thesis, saya tidak tidur langsung, tidak makan (padahal saya mengandung 7 bulan masa ini).
Husbandlah yang setia berada di sisi menemani, sama-sama tidak tidur, printkan 6 copies thesis saya dan pecut drive dari Penang Island untuk ke mainland pada pukul 3.30 petang sebelum pejabat ditutup pada pukul 4.30 petang.
Alhamdulillah, saya bersyukur kerana Allah pinjamkan saya dengan seseorang yang boleh support dan cope dengan saya. Banyak sungguh beliau tolong cover kelemahan saya.
Dan beliau jugaklah yang pujuk saya untuk jumpa pakar pskitiari dan drivekan saya ke Penang, semata mata untuk sebuah jawapan.
Saya masih struggle sebenarnya. But it is much better before stimulant.
Saya masih dalam fasa adapting dan adjusting. Dan perlahan-lahan, saya belajar untuk cope dengan keadaan saya, dan apa yang pasti, saya akhirnya mampu memaafkan diri saya sendiri, untuk semua impulsively reaction yang saya dah buat dalam hidup ini yang melibatkan saya tidak dapat mengawal emosi saya dengan baik dan telah mencederakan emosi orang-orang yang saya saying.
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa saya yang lalu dan beri saya kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
P/S: Saya pernah baling barang banyak kali bila saya hilang kawalan emosi marah. Tapi buat mereka yang tidak kenal sisi saya yang ini, mereka akan kata betapa coolnya saya. Kalau ikutkan saya yang perfectionist, saya tidak akan send lagi perkongsian ini untuk recheck 20 juta kali lagi apa silap dalam tulisan ini. Tapi kali ni, saya akan just send sahaja. Dan inilah pertama kali dalam hidup, saya mampu luahkan, apa yang sebenarnya berlaku dalam hidup saya.
TOLONG DAPATKAN BANTUAN, SEBELUM SEMUANYA TERLAMBAT. IT IS OKAY, NOT TO BE OKAY.
Ada kisah & pengalaman ADHD yang hendak dikongsi? Hantarkan artikel anda di sini.