Keliru, ragu & tidak nampak hala tuju masa depan?

Virtual Summit ini bertujuan untuk berkongsi dengan masyarakat serta meningkatkan kesedaran dalam masyarakat mengenai ADHD Dewasa berserta dengan komorbiditi yang boleh dialami oleh sesetengah individu

Anda Sering Alami Situasi Berikut?

1. Minda Kacau

Ada yang kata anda nampak okay. Sedangkan hanya  diri anda yang tahu betapa kacaunya minda anda sekarang. Rasa hilang arah, tidak tahu di mana tahu lebih lanjut tentang ADHD selepas anda sendiri didiagnos mempunyai ADHD.

2. Bimbang, takut dan sedih, emosi bercampur baur.

Emosi diri bercampur baur, kadangkala bimbang, takut dan sedih mengenang diri memiliki ADHD. Fikiran anda dipenuhi dengan pelbagai persoalan. Gejolak emosi memberi kesan dalam kehidupan harian. Seperti stress, tak cukup tidur dan hilang fokus kerja.

3. Keliru dalam mencari jawapan yang sebenar.

Di sebalik ribuan persoalan yang muncul dalam benak fikiran, terdapat pelbagai informasi yang tidak jelas kesahihannya, adakah ia auta atau fakta. 

Anda tidak tahu di mana jawapan dari sumber yang sahih dan benar sehingga berasa putus asa dalam memahami situasi yang anda hadapi sekarang.

Bagaimana Anda Mampu Atasi Situasi Di Atas?

1 –Ilmu dari sumber yang betul berdasarkan bukti saintifik semasa

Jangan berteka-teki atau percaya semua yang ada di internet. Ia sangat berisiko tinggi.

Sebaiknya, dapatkan nasihat dan bimbingan daripada sumber yang dipercayai seperti doktor dan ahli kesihatan yang bertauliah.

Sehingga hari ini, kami sendiri mempunyai ahli perubatan profesional sebagai peneliti kandungan website kami.

2 – Konsisten untuk mengaplikasikan apa yang disarankan oleh pakar

Jangan selesa.

Selepas mendapat nasihat dan bimbingan yang terbukti berkesan, ia bergantung pada diri kita sendiri untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Usaha yang berterusan akan menentukan tahap keberkesanan kita dalam memahami dan mengurus diri yang didiagnos dengan ADHD.

3- Mempunyai sistem dalam kehidupan

Nak tahu bagaimana simptom ADHD dapat dikurangkan dalam kehidupan seharian?

Jawapannya: Sistem.

Bukan sistem yang berkaitan dengan teknologi.

Tapi gerak kerja kita. Apa langkah-langkah kita perlu ambil apabila simptom ADHD mula muncul?

Tanpa langkah-langkah yang jelas, lama kelamaan simptom ADHD yang tidak diurus dengan baik ini akan memberi kesan buruk  kepada urusan seharian kita.

Bangun pagi dengan semangat ingin cuba benda yang baru, menjelang petang mula hilang minat dan semangat pagi tadi hilang begitu saja.

Kenapa jadi begini?   

Kerana tidak ada sistem atau gerak kerja yang jelas dan tersusun dalam menangani simptom ADHD ini!