“Kenapa saya rasa sangat keliru. Ada yang kata saya nampak okay. Sedangkan hanya saya yang tahu betapa kacaunya minda saya pada setiap saat.”
Sama ada anda adalah seseorang yang masih dalam proses mencari jawapan melalui sebuah diagnosis atau anda merupakan seseorang yang baru disahkan sebagai individu yang mempunyai ADHD pada usia dewasa, persoalan ini adalah wajar untuk dilalui.
Walaupun terdapat sebahagian orang berasa lega selepas menerima diagnosis ADHD, anda mungkin tidak tahu ke mana hendak pergi atau apa yang perlu dilakukan.
Emosi bercampur baur yang terdiri daripada kebimbangan, ketakutan dan kesedihan. Fikiran anda dipenuhi dengan pelbagai persoalan.
“Bagaimana diagnosis ADHD ini akan memberi kesan dalam kehidupan saya dan orang yang saya sayangi?”
Di sebalik ribuan persoalan yang muncul dalam benak fikiran, terdapat pelbagai informasi yang tidak jelas kesahihannya untuk anda ambil menjadi panduan dalam proses memahami diagnosis ADHD yang sedang anda kaji.
“Mana satu yang betul?”
Kami memahami emosi dan situasi yang anda alami kerana kami juga pernah mengalaminya.
Justeru, dengan rendah hati kami ingin membantu rakan-rakan kami melalui siri webinar yang akan mengupas pelbagai persoalan berkaitan dengan keadaan semasa dan selepas menerima diagnosis ADHD Dewasa.
Tahukah anda pengetahuan yang mencukupi tentang perkara berkaitan diagnosis ADHD yang sedang anda alami akan:
Dr Syaheedatul Iman akan kongsikan:
🧠Kesahihan diagnosis ADHD Dewasa
🧠Faktor individu ADHD mendapat diagnosis di usia dewasa dan terlepas ketika kanak-kanak
🧠Kepentingan mendapatkan diagnosis dan rawatan untuk ADHD Dewasa
🧠Komorbiditi yang lazim dihidapi oleh individu dengan ADHD Dewasa
🧠Perbezaan praktis klinikal dan kaedah ujian yang digunakan dalam mendapatkan diagnosis ADHD Dewasa
Ahli Psikologi Nur Brkch akan berkongsi tentang pelan rawatan selepas pengesahan diagnosis ADHD Dewasa. Ini termasuklah:
💡 Pemahaman asas tentang ADHD Dewasa berkaitan dengan gejala ADHD yang mengganggu fungsi dalam kehidupan harian
💡 Faktor risiko dan kesan negatif dalam kehidupan sekiranya gejala tersebut tidak ditangani dengan baik.
💡 Maklumat berkaitan rawatan yang merangkumi pendekatan farmakologi (ubat-ubatan) dan bukan farmakologi (bukan ubat-ubatan) – keberkesanan dan kesan sampingan
💡 Kemahiran keibubapaan terutama bagi ADHD Dewasa yang mempunyai anak yang turut didiagnos dengan ADHD
💡 Kepentingan sokongan sosial dan penjagaan diri
Fatiha Shuib, Pengasas dan Pengarah Urusan 1Moment4Them untuk berkongsi tentang:
🍄 Jenis stigma – ‘internal stigma & external stigma’
🍄 Kenapa stigma wujud
🍄 Bagaimana untuk mengatasi stigma
🍄 Pengalaman peribadi Fatiha dalam mengatasi stigma
🍄 Manfaat pengurusan stigma kendiri dalam kesihatan mental
Ahli farmasi Nadiah Kamil yang juga mempunyai ADHD akan kongsikan mengenai:
💊 Jenis-jenis ubat yang digunakan untuk rawatan ADHD
💊 Cara ubat ADHD bertindak di dalam badan
💊 Kesan sampingan pengambilan ubat ADHD dan cara mengatasinya
💊 Mengenalpasti keberkesanan ubat pada badan seseorang individu
💊 Alternatif rawatan komplementari dan tradisional yang dapat digunakan untuk rawatan ADHD
Nilai bagi keseluruhan program siri webinar ini adalah RM300 bagi setiap pendaftaran.
Para peserta juga akan mendapat akses kepada rakaman selepas tamat siri webinar ini.
RM50 cukup besar buat anda?
Kami sedar, tak semua mampu untuk sediakan wang sebanyak RM50 dek kerana atas faktor kekangan kewangan. Oleh yang demikian, kami mengambil inisiatif untuk menyediakan tiket tajaan untuk mereka yang memerlukan bantuan.
Inisiatif ini khusus kami sediakan buat pelajar dan dan gologan yang tidak berkemampuan. Jumlah permohonan yang akan diterima sesuai dengan jumlah tajaan yang kami mampu kumpulkan.