ADHD: Pengenalan, Simptom-simptom & Punca Kecelaruan Otak Individu Yang Didiognos Dengan ADHD

Apa itu ADHD?

ADHD ialah satu bentuk kecelaruan otak.

ADHD atau nama saintifiknya Attention Deficit Hyperactivity Disorder (Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif). Bukan sekadar terhad pada kurangnya perhatian & hiperaktif. Malah turut memberi kesan pada kehidupan seharian.

ADHD merupakan keadaan neurodevelopmental yang mempengaruhi fungsi eksekutif otak dan memberi impak besar pada gaya berfikir, pemprosesan emosi, dan cara tindak balas penghidapnya terhadap persekitaran.

Simptom ADHD

Individu yang didiognos dengan ADHD berkemungkinan menunjukkan simptom-simptom ini. Walaubagaimanapun, tidak semua individu ADHD mempunyai simptom ini.  Kerana ia bergantung pada jenis ADHD yang dihidapi.

  1.  Inattentive (kesukaran untuk fokus)
  2. Hyperactivity – hiperaktif (mempunyai tenaga berlebihan)
  3. Impulsivity – impulsif (kecenderungan untuk bertindak tanpa berfikir dahulu)

Untuk bacaan lanjut, kami menyarakankan anda membaca artikel – ADHD Dewasa: Simptom Yang Anda Perlu Ketahui 

Punca Berlaku Kecelaruan Otak

Melalui tulisan artikel saudari Rynn Saidi – Empat Punca Kecelaruan Otak ADHD, kita ringkaskan kecelaruan ini berlaku akibat: 

i. Masalah ketersambungan otak

Hasil daripada kajian pengimejan, mendapati bahawa otak ADHD mempunyai kekurangan satu komponen yang dikenali sebagai “White matter”.

Kesan daripada kurangnya “White matter” berbanding otak neurotipikal. Menyebabkan ‘mesej’ tidak dapat dihantar dengan baik dan mempengaruhi fungsi-fungsi kognitif.

ii. Gangguan koordinasi dalam ritma otak

Otak ADHD tidak berkoordinasi dengan baik di antara DMN (Default Mood Network) dan TPN (Task-Positive Network). Mereka mengalami kesukaran untuk menyahaktif DMN semasa melakukan aktiviti yang memerlukan fokus.

iii. Kelewatan dalam perkembangan otak

Kajian mendapati kanak-kanak yang mempunyai ADHD, menunjukkan perkembangan  prefrontal cortex 3 hingga 5 tahun lebih lewat berbanding kanak-kanak neurotipikal.

Kelewatan ini membuatkan individu ADHD kelihatan kurang matang ketika di usia kanak-kanak dan remaja, terutamanya dari aspek pengurusan emosi dan kawalan impulsif. 

iv. Ketidakseimbangan kimia otak

Synapse otak ADHD, iaitu jurang di antara neuron, neurotransmitter tidak dilepaskan (release) dan dimuat ulang (reload) dengan baik.

Belum sempat ‘mesej’ dihantar ke neuron sebelah, neurotransmitter dah diserap semula ke tempat asalnya.

Jika anda berminat untuk teruskan baccan yang lebih lanjut tentang topik kecelaruan otak ADHD. Kami menyarakankan anda membaca artikel Empat Punca Kecelaruan Otak ADHD – tulisan saudari Rynn Saidi.

Mitos & Fakta

Terdapat banyak mitos & fakta yang berlegar dalam kalangan masyarakat, akibat kurangnya pendedahan masyarakat terhadap ADHD amnya.

Di sini kami senaraikan lima mitos & fakta ADHD. Sumber daripada artikel – ADHD Antara Mitos Dan Fakta.

Mitos 1 – ADHD Tidak Wujud.

Fakta: Rujukan mengenai ADHD ini boleh dijumpai dalam buku teks perubatan sejak tahun 1775 lagi.

Mitos 2 – Individu ADHD Tidak Boleh Menumpukan Perhatian.

Fakta: Walaupun mudah terganggu dengan keadaan sekeliling. Mereka juga boleh menumpukan sepenuh perhatian, terutama sekali aktiviti yang digemari.

Mitos 3 – ADHD Berpunca Daripada Didikan Ibu Bapa Yang Bermasalah.

Fakta: Kajian saintifik mendapati ADHD berpunca daripada pelbagai risiko persekitaran dan genetik. Selain itu, struktur otak dan sistem saraf otak.

Mitos 4 – Orang Yang Ada ADHD Adalah Pemalas.

Fakta: Walaupun adakalanya individu ADHD juga ada sifat malas seperti kebanyakan manusia normal. Fungsi sistem saraf otak yang berbeza menjadikan sesetengah aktiviti harian sangat mencabar buat mereka.

Mitos 5 – Hanya Kanak-Kanak Lelaki Mempunyai ADHD.

Fakta: Kanak-kanak lelaki lebih ramai didiagnosis mempunyai ADHD kerana tingkah laku mereka yang hiperaktif sehingga mengganggu sesi pembelajaran dalam kelas. Sebenarnya tidak semua individu ADHD mempunyai simptom hiperaktif.

Rujukan