APA ITU ADHD?

Nama saintifik ADHD adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Dalam Bahasa Melayu, ADHD ialah; Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif.Maksud ADHD tidak terhad pada kekurangan perhatian dan hiperaktif. Kecelaruan minda ini mampu memberi kesan pada aktiviti kehidupan seharian buat invidu yang mempunyai keadaan ini.

ADHD merupakan keadaan neurodevelopmental yang mempengaruhi fungsi eksekutif otak dan memberi impak besar pada gaya berfikir, pemprosesan emosi, dan cara tindak balas penghidapnya terhadap persekitaran.

Jika seseorang itu syak diri mempunyai simptom-simptom ADHD, adalah disarankan untuk berjumpa dengan pakar seperti psikologi klinikal atau doktor psikiatri untuk mendapatkan penilaian dan diagnosis secara sah.

Namun, bukan semua orang mampu untuk melakukannya, mungkin mempunyai rintangan dari segi kewangan ataupun belum bersedia untuk mengambil tindakan seperti berdepan dengan seorang pakar untuk bercakap tentang ADHD.

Simptom ADHD

Tidak semua individu ADHD menunjukkan simptom yang serupa atau mengalami pengalaman sama. Simptom-simptom bergantung dengan jenis ADHD yang anda ada.

Antara simptom utama ADHD adalah;

1. Inattentive (kesukaran untuk fokus),

2. Hyperactivity (hiperaktif/mempunyai tenaga berlebihan), dan

3. Impulsivity (impulsif/kecenderungan untuk bertindak tanpa berfikir dahulu).

Namun, sesiapa yang menunjukkan simptom-simptom di atas tidak semestinya anda mempunyai ADHD! Hal ini kerana ADHD ada beberapa simptom yang hampir serupa dengan penghidap kemurungan (dipresi), anxiety disorder (gangguan kecelaruan kebimbangan melampau) dan juga banyak lagi keadaan psikiatri dan isu kesihatan lain.

Masih tidak pasti samada anda harus berjumpa dengan pakar/doktor? 

Jika kebanyakan ini berkait dengan simptom-simptom yang dihadapi dan simptom kerap berlaku di semua aspek kehidupan anda seperti di rumah, situasi sosial dan tempat kerja sehingga mengganggu anda, sebaiknya anda perlu dapatkan diagnosis dan rawatan.

Ciri-Ciri ADHD

1. Anda adalah seorang pelupa.

Semua orang cuma manusia. Manusia mempunyai sifat pelupa seperti kehilangan atau terlupa di mana mereka meletakkan kunci kereta/pakaian/sebagainya. Namun, bagi yang mempunyai ADHD, hal ini bukanlah perkara luar biasa.

Penghidap ADHD biasanya akan mengalami pengalaman terlupa sebegini lebih sering berbanding seseorang neurotipikal (tidak mempunyai ADHD). Contohnya, terlupa melaksanakan tanggungjawab penting – membayar bil, terlepas janji temu, kepayahan untuk fokus semasa menonton rancangan television, dan banyak lagi.

2. Anda mengalami kepayahan untuk menumpukan perhatian ketika mendengar.

Hal ini adalah lazim bagi seorang manusia untuk hilang tumpuan dengan suatu gangguan luaran, contohnya, hilang tumpuan untuk mendengar dengan adanya gangguan rancangan TV bermain berdekatan. Akan tetapi, bagi penghidap ADHD, hal ini terjadi lebih lazim lagi dan pada tahap yang lebih besar.

Walaupun tiada gangguan di sekeliling mereka, penghidap ADHD tetap terganggu tumpuan mereka. Perkara ini juga berkait rapat dengan masalah mereka dalam hal pengurusan masa. Isu pengurusan masa merupakan cabaran besar bagi penghidap ADHD.

3. Anda menghadapi kepayahan untuk menumpukan perhatian.

Pernah terdengar kisah seseorang kanak-kanak dimarahi oleh guru/ibu bapa mereka kerana gagal dalam menumpukan perhatian semasa belajar? Hal ini amat berkait rapat dengan masalah ini.

Bersesuaian dengan nama ADHD, masalah untuk menumpukan perhatian terutamanya untuk jangka waktu yang panjang atau fokus pada sesuatu yang memerlukan tumpuan pada perincian.

Masalah sebegini kebiasaannya akan terus dihadapi oleh mereka sehingga meningkat dewasa dalam hal yang lebih berkait dengan kehidupan seperti pekerjaan, rutin seharian, atau hubungan dengan seseorang.

4. Anda mempunyai masalah tingkah laku ketika kanak-kanak/usia muda.

Seperti isi #3 di atas, orang di sekeliling mungkin ada mengatakan anda mempunyaimasalah perangai atau menuduh anda sebagai seorang pemalas ketika kecil/muda. Bukan itu sahaja, sikap sering melengah-lengahkan sesuatu pekerjaan juga adalah simptom yang menjadi masalah bagi penghidap ADHD.

5. Anda sukar untuk mengawal emosi.

Masalah ini juga berkait dengan apa yang dinyatakan di atas. Kanak-kanak mahupun dewasa yang mempunyai ADHD sentiasa mengalami masalah ini. Ada masa akan menghadapi kesukaran untuk mengawal emosi— menjadi murung atau mudah marah, sering kecewa, berasa tidak bermotivasi, atau bercenderung pada amukan apatah lagi jika mereka dalam keadaan tertekan.

ADHD boleh menyebabkan kesukaran untuk mengawal emosi keterlaluan apabila sedang kecewa.

6. Anda seringkali lewat.

Isu ini berkait rapat dengan isi #2 di atas. Oleh sebab penghidap ADHD mempunyai tahap tumpuan yang kecil, mereka menghadapi kesusahan untuk menepati masa.

Misalnya, seorang penghidap ADHD lewat menghadiri temu janji berjumpa psikiatris kerana terlalu hiperfokus melakukan aktiviti lain yang menyebabkan mereka separa tidak sedar dengan kelewatan mereka.

7. Anda meninggalkan tugas separa siap.

Hal ini bukanlah asing bagi penghidap ADHD untuk mempunyai pelbagai minat dan keinginan untuk memulakan projek berdasarkan minat-minat tersebut.

Masalah berkenaan defisit tumpuan dan ingatan menjadi faktor kesukaran bagi mereka memulakan atau menyelesaikan suatu projek/pekerjaan, terutamanya jenis projek yang memerlukan tahap tumpuan dan dedikasi yang tinggi.

8. Anda tidak kemas/teratur.

Masalah ini biasanya lebih jelas apabila dilihat di tempat kerja/belajar. Penghidap ADHD akan mengalami kepayahan untuk menetapkan keutamaan sesuatu pekerjaan itu.

Seperti yang telah dinyatakan dalam isi #7, oleh sebab mereka susah untuk menetapkan keutamaan dengan banyaknya projek/pekerjaan yang telah ada, mereka akhirnya mengalami kepayahan untuk mengatur apa sahaja yang sebenarnya penting bagi mereka. Seterusnya, pekerjaan itu akan terabai dan pekerjaan yang sebenarnya penting akan lewat diselesaikan.

9. Anda seorang yang mempunyai tenaga yang berlebihan/hiper.

Simptom ini adalah bagi penghidap ADHD terutamanya(yang bukan ADD). Kanak-kanak lazimnya adalah hiperaktif manakala dewasa juga sama tetapi biasanya akan menjadi gelisah.

Penghidap ADHD yang hiper akan menunjukkan simptom seperti banyak bercakap dan bergerak, serta seringkali mengganggu orang lain. Kebiasaannya, sikap mereka sebegitu dianggap sebagai masalah kerana menganggu ketenteraman orang di sekeliling.

10. Anda sedar anda seorang yang aneh/lain daripada orang lain.

Menyedari diri sendiri sebagai orang yang aneh boleh menjadi simptom yang kerap kali dipandang remeh kerana hal ini tidak selalu dibincangkan oleh penghidap ADHD. Ada sesetengah penghidap sedar tentang ini namun ada juga yang tidak.

Lazimnya, mereka tahu sejak umur kecil/muda lagi sebelum mendapat diagnosis/rawatan daripada pakar. Simptom ini juga boleh disedari oleh orang lain/ahli keluarga si penghidap. Dengan itu, si penghidap kebiasaannya akan dianggap sebagai seorang yang aneh.

Mendapatkan Diagnosis

Bagi mendapatkan diagnosis secara formal, tiada satu ujian yang dapat mengesahkan samada anda mempunyai ADHD. Pakar psikiatris dan psikologis akan mendapatkan maklumat berdasarkan apakah dan berapakah simptom yang anda ada, bilakah simptom ini bermula, bagaimanakah ADHD memberi impak besar dalam kehidupan anda, dan seberapa parah/tahap simptom anda.

Mengikut prosedur untuk diagnosis dengan ADHD, anda perlu mempunyai beberapa simptom, bukan cuma satu atau dua sahaja. Itu juga harus mengetahui adakah kehidupan anda terimpak dengan ADHD. Misalnya, ADHD telah memberi impak besar dalam pekerjaan, hubungan dan hal-hal lain yang penting dalam kehidupan anda.

Walaubagaimanapun, beberapa simptom mungkin telah disembunyikan secara tidak sedar kerana Anxiety atau takut ditolak oleh masyarakat. Doktor anda juga akan mengasingkan simptom-simptom lain bagi mendiagnos jika anda mempunyai masalah mental selain ADHD. Beberapa rawatan akan dijalankan untuk membantu dengan proses/prosedur diagnosis ini.

Jika anda rasa anda mempunyai simptom-simptom yang telah dinyatakan di atas banyak berkait dengan diri, dapatkan rawatan profesional secepat mungkin kerana dengan adanya diagnosis secara formal, anda mampu memulakan rawatan untuk kesejahteraan hidup anda.

Rujukan: https://www.webmd.com/add-adhd/adhd-ways-to-tell

Penulis: Syaima

Review oleh: Dr Rowina Lynne Murray Binti Jeffery Murray

Ada kisah & pengalaman ADHD yang hendak dikongsi? Hantarkan artikel anda di sini.

Tingkatkan Kesedaran ADHD Anda

Sertai Konvensyen Virtual ADHD Malaysia yang bakal berlansung pada 10-21 Disember ini.

Comments are closed.

KENALI ADHD

“Anak puan mempunyai masalah untuk fokus di  dalam kelas, suka bermain, kacau kawan dan kadang-kadang mengelamun jauh.” Apabila guru memberitahu

Teruskan Bacaan »