ADHD & Matematik

Adakah benar individu yang ada ADHD kurang mahir dalam matematik berbanding individu neurotipikal?

Secara umumnya, ya.

Mengikut kajian sistematik Tosto dan rakan2 (2015) yang meliputi 30 kajian cross-sectional dan 4 kajian longitudinal sebelumnya, mereka yang ada simptom2 ADHD menunjukkan prestasi yang kurang memberansangkan dalam ujian2 matematik berbanding mereka yang tiada simptom ADHD. 

Jurang perbezaan agak ketara walaupun dibandingkan setara dari segi tahap IQ dan status sosio-ekonomi, dan walaupun ubat psikostimulant untuk ADHD diambil [Massetti et al., 2008].

Rawatan untuk ADHD seperti ubat psikostimulant dan sokongan psikososial didapati hanya meningkatkan academic behaviour (e.g. siapkan tugasan on time) tetapi tidak academic achievement (e.g. skor A dalam ujian/peperiksaan).

So, apakah intervensi yang sesuai untuk murid2 yang ada ADHD? 🤔

Adakah sama caranya seperti untuk mereka yang ada Dyscalculia? 

Didapati hampir 30% pelajar2 yang ada ADHD ada comorbid Dyscalculia [Mayes et al., 2000].

Mengikut kajian Kuhn dan rakan2 (2016), kanak2 yang ada Dyscalculia menunjukkan defisit/kelemahan dalam SEMUA skil numerasi asas (basic numerical skills), pengiraan (calculation), memori kerja (working memory) dan tumpuan perhatian (sustained attention).

Kanak2 yang ada ADHD pula mengalami kesukaran dalam dot enumeration (ujian untuk ukur ketepatan menganggar dan menyebut bilangan bintik2 dalam masa yang singkat), substraction (penolakan), verbal working memory, processing speed, dan tiga jenis masalah memberi perhatian iaitu: alertness, sustained attention, and flexibility.

Tapi kenapa some people with ADHD mahir dalam matematik? Antara beberapa sebabnya ialah:

🔸 Mereka ada grit, atau dalam Bahasa Melayu ‘ketetapan pendirian’. Angela Duckworth dalam bukunya Grit: The Power of Passion and Perseverance ada menyebut tentang mereka yang rajin berusaha dan tidak mudah putus asa, mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian/peperiksaan. Gritty people persevere through challenges to master the subject(s) they are passionate about.

🔸 Mereka jumpa intervensi dan bantuan yang sesuai (e.g. cikgu yang memahami dan guna cara efektif bila mengajar) semasa kecil.

🔸 Working memory & processing speed mereka tidak terlalu terjejas walaupun ada ADHD. Kedua2 ciri ini mempengaruhi kebolehan matematik.

🔸 Mereka ada comorbidity ADHD dan ASD. Sesetengah kanak2 dengan ciri2 autism ini mempunyai superior mathematical information processing disebabkan kelainan di bahagian otak ventral temporal-occipital cortex (VTOC) [Iuculano et al., 2014].

References:

  1. Tosto, M. G., Momi, S. K., Asherson, P., & Malki, K. (2015). A Systematic Review of Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) and Mathematical Ability: Current Findings and Future Implications. BMC Medicine, 13, 204.
  2. Massetti, G. M., Lahey, B. B., Pelham, W. E., Loney, J., Ehrhardt, A., Lee, S. S., & Kipp, H. (2008). Academic Achievement Over 8 Years Among Children Who Met Modified Criteria for Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder at 4-6 Years of Age. Journal of Abnormal Child Psychology, 36(3), 399–410.
  3. Mayes, S. D., Calhoun, S. L., & Crowell, E. W. (2000). Learning Disabilities and ADHD: Overlapping Spectrum Disorders. Journal of Learning Disabilities, 33(5), 417–424.
  4. Kuhn, J. T., Ise, E., Raddatz, J., Schwenk, C., & Dobel, C. (2016). Basic Numerical Processing, Calculation, and Working Memory in Children with Dyscalculia and/or ADHD Symptoms. Zeitschrift fur Kinder- und Jugendpsychiatrie und Psychotherapie, 44(5), 365–375.
  5. Iuculano, T., Rosenberg-Lee, M., Supekar, K., Lynch, C. J., Khouzam, A., Phillips, J., Uddin, L. Q., & Menon, V. (2014). Brain Organization Underlying Superior Mathematical Abilities in Children with Autism. Biological psychiatry75(3), 223–230.
Tingkatkan Kesedaran ADHD Anda

Sertai Konvensyen Virtual ADHD Malaysia yang bakal berlansung pada 10-21 Disember ini.

Comments are closed.

APA ITU ADHD?

Nama saintifik ADHD adalah Attention Deficit Hyperactivity Disorder. Dalam Bahasa Melayu, ADHD ialah; Gangguan Kekurangan Perhatian dan Hiperaktif.Maksud ADHD tidak

Teruskan Bacaan »

KENALI ADHD

“Anak puan mempunyai masalah untuk fokus di  dalam kelas, suka bermain, kacau kawan dan kadang-kadang mengelamun jauh.” Apabila guru memberitahu

Teruskan Bacaan »